Monday 23 January 2012

Short Story #2 : I Love You


I Love You


Di bilik Yu Mi,kira-kira jam 7.32 pagi :

        “Ahhhh ! Dah pukul 8 pagi ?! Habislah,mesti lambat nanti !”.Hyo Min atau nama sebenarnya Na Hyo Min,pelajar tahun akhir Sekolah Tinggi Shinhwa.Hyo Min merupakan gadis yang ceria dan pintar,namun di sebalik keceriaan yang terpancar di wajahnya,dia mempunyai kisah silam yang sukar di lupakan.

Di Jalan Sutera,laluan menuju ke sekolah :

        “ Teruk,teruk,teruk ! Kenapa aku lambat lagi ni ?!”,rungut Hyo Min yang sudah terlambat ke sekolah.”Susahnya tak ada basikal,tak guna punya basikal! Baru saja hari pertama aku guna dah rosak,tak guna! Tak guna!”,rungut Hyo Min lagi.Itulah yang akan diucapnya apabila fikirannya bercelaru.

        Oleh sebab Hyo Min sudah terlambat,dia terus berlari menuju ke pintu gerbang sekolahnya yang baginya merupakan pintu utama yang memberi masalah kepadanya.Akibat kelambatannya itu,namanya telah di catat di dalam buku salah laku murid.Nama Hyo Min merupakan yang palingglamour di dalam buku itu.

        “Hah….! Penat-penat saja aku tidur awal malam tadi,lambat juga akhirnya”,kata Hyo Min dengan nada yang penuh dengan kekesalan.”Bangun semua”,kata ketua tingkatan kelas Hyo Min.”Selamat pagi cikgu Yoon”,kata semua isi tingkatan termasuklah Hyo Min,namun hanya dia yang nampak tidak bersemangat ketika itu.

        Cikgu Yoon merupakan guru tingkatan bagi kelas Hyo Min dan mengajar matapelajaran Sastera.Tidak sampai seminit,datang seorang pelajar lelaki,melangkah masuk ke dalam kelas Hyo Min dan berdiri bersebelahan dengan cikgu Yoon.”Baiklah murid-murid,pada hari ini.kita akan mendapat seorang pelajar baru di dalam kelas kita”,kata cikgu Yoon sambil tersenyum.
        “Salam perkenalan,nama saya Lee Yi Joon,panggil saja Yi Joon.Sila beri tunjuk ajar”,kata Yi Joon,memperkenalkan dirinya di hadapan semua pelajar kelas Hyo Min.Yi Joon merupakan pelajar baru yang berpindah ke sekolah Tinggi ShinHwa kerana mengikut ayah dan ibunya yang telah di tugaskan bekerja di Seoul.

        Semua pelajar terutamanya pelajar perempuan tertumpu ke arah Yi Joon yang memiliki riak wajah yang kacak dan memiliki senyuman ceria yang mampu membuatkan hati setiap para pelajar perempuan tertawan kepadanya.Namun demikian,kehadiran Yi Joon biasa saja bagi Hyo Min.Dia hanya memandang ke arah luar tingkap tanpa menghiraukan kehadiran Yi Joon.

        “Hyo Min,tempat duduk di hadapan awak itu kosongkan?”,tiba-tiba saja namanya dipanggil dan di soal oleh cikgu Yoon.”A...,ya,ya kosong”,jawab Hyo Min dengan wajah yang kebingungan.Tempat duduk dihadapannya yang dulunya kosong kini menjadi tempat duduk Yi Joon.Yi Joon terus menuju ke arah tempat duduknya yang baru dan melabuhkan punggungnya di situ..

Di dalam kelas,pada waktu rehat :

        “Kriing”,loceng pertama yang menandakan waktu rehat sudahpun berbunyi,semua pelajar keluar untuk ke kantin.Di dalam kelas kini hanya tinggal empat orang saja iaitu Hyo Min,Jenny,Sulli dan Yi Joon.”Yu Mi,marilah makan dengan kami”,kata Sulli,mengajak Hyo Min makan di tempat duduknya bersama Jenny.

        Hyo Min,Jenny dan Sulli makan bersama-sama sambil ketawa dan Yu Mi merupakan ‘raja lawak’ ketika itu.” Comelkan budak baru tu?”,soal Jenny sambil memandang ke arah Yi Joon.”Betul tu,tengoklah tu rajinnya dia baca buku dalam kelas tak pergi rehat pun”,Sulli mengiyakan kata-kata Jenny dan tak henti-henti tersenyum.


        “Biasa saja,datuk aku lagi comel”,kata Hyo Min dengan selambanya.”Ish,apalah kau ni! Sian tahu kalau dia dengar”,kata Jenny pula sambil menakup mulut Hyo Min.Mereka semua pun ketawa terkekek-kekek di situ sambil menghabiskan bekal yang di bawa.Sebenarnya Yi Joon telah pun mendengar setiap perbualan mereka,cuma mereka saja yang tidak tahu.Dari jauh Yi Joon hanya tersenyum saja.

Seminggu kemudian,di laluan menuju ke Bilik Guru :

        ”Aduh !,hoi ! Tak nampak orang ke ?! Dahlah langgar orang,bukan reti nak minta maaf !,kata Hyo Min dengan nada yang tinggi sebaik saja di langgar oleh Yi Joon.”Macam mana saya nak minta maaf kalau awak marah saya tak henti-henti”,balas Yi Joon dengan tenang sambil melemparkan senyuman ke arah Hyo Min.

       Sebaik saja Hyo Min mendengar kata-kata Yi Joon,dia terus naik darah.Hyo Min terus menghalakan pandangan yang jelas menunjukkan dirinya tidak puas hati dan marah,namun pandangan itu langsung tidak membawa apa-apa kesan kepada Yi Joon.Yi Joon pun berlalu dari situ dengan tenang dan tidak berkata apa-apa.

        “Hah! Dia…dia..buat bodoh saja,tak guna!”,teriak Hyo Min di dalam hati.Wajahnya kini jelas menunjukkan yang dia sedang dalam kemarahan yang membuak-buak.”Hoi! Si bongok yang menyakitkan hati,buku-buku yang jatuh ni siapa yang nak kutip?!”,jerit Hyo Min sekuat  hati ke arah Yi Joon,namun kata-katanya sama sekali tidak di hendarkan oleh Yi Joon.

        “Tak guna punya orang,bukannya nak tolong! Minta maaf pun tak! Sombong pula tu! Menyakitkan hati betullah,siaplah dia,tahulah apa yang aku nak buat kat dia,tunggu sajalah”,kata Hyo Min seorang diri di laluan menuju ke Bilik Guru itu sambil ketawa dan sikap peliknya mula kelihatan.

Keesokan harinya,di sekolah.kira-kira jam 7.25 pagi :

        Hari ni merupakan hari yang paling bersejarah.Buat kali pertamanya pelajar yang bernama Na Hyo Min datang awal ke sekolah sebelum pukul 8 pagi.Tetapi,sebenarnya Hyo Min datang awal ke sekolah kerana mempunyai matlamat lain iaitu untuk membalas dendam kepada pelajar sekelasnya yang bernama Yi Joon yang di anggapnya seorang yang menyakitkan hati.

Di dalam kelas Hyo Min :

        “Sekarang,hanya aku seorang saja di dalam kelas ni”,Hyo Min bercakap seorang diri di pintu kelasnya sambil tersenyum sinis dan mengeluarkan gula-gula getah lalu mengunyahnya.Gula-gula getah yang hanya memakan masa beberapa saat untuk dikunyah oleh Hyo Min dilekatkan di tempat duduk Yi Joon.

        “Yi Joon! Lepas ni pasti kau pasti tak akan ke mana-mana.Kau akan bersama dengan kerusi kau buat selama-lamanya”,kata Hyo Min sambil ketawa dan menepuk-nepuk kerusi di meja Yi Joon lalu keluar dari kelas  berpura-pura untuk datang lambat seperti yang selalu di lakukan olehnya.Di raut wajahnya ,penuh dengan perasaan puas hati dan gembira.

Jam 8.36 pagi,di dalam kelas :

        “Aik? Peliknya,kenapa dia boleh bangun dari tempat duduk dia? Baju dia pun tak kotor”,kata Hyo Min dengan nada rendah dan tertunduk-tunduk kerana bimbang kata-katanya di dengari oleh Yi Joon.Tiba-tiba,Yi Joon berpaling ke arah belakang dan dan tersenyum ketika menghadap wajah Hyo Min lalu berkata,”sebab saya dah buang gula-gula getah yang awak letak tu sebelum saya duduk.



        Yi Joon kemudiannya berpaling ke depan semula dan menyambung nota yang perlu di hantar pada hari itu.Hyo Min sangat terkejut,dia terus menakup mukanya dengan buku notanya.”Tak guna! Macam mana dia boleh sedar ada gula-gula getah kat kerusi dia! Yi Joon,kau jangan ingat kau akan terlepas”,bisik Yu Mi di dalam hati sambil merenung tepat ke arah Yi Joon yang berada di hadapannya.

        Sebenarnya,Yi Joon sudah tahu ada gula-gula getah telah di lekatkan pada kerusinya.Yi Joon juga sebenarnya sudah tahu,gula-gula getah yang ada pada kerusinya itu semua angkara Hyo Min kerana pagi tadi dia telah terlihat Hyo sedang melakukan kerja-kerja kotornya.

Di Jalan Anggur,selepas tamat waktu persekolahan :

        Hyo Min berjalan pulang ke rumah sambil memikirkan idea baru untuk mengenakan Yi Joon.Dia tidak pulang dengan menaiki basikal pada hari ini kerana basikalnya buat hal lagi,jadi terpaksalah Hyo Min berjalan kaki pada hari tersebut.” Aduh! Aduh! Sakitnya!”,teriak Hyo Min.Tiba-tiba saja kakinya terpelecok.

        Tak lama selepas itu,”kaki terpelecok ke? Tumpanglah saya”,soal Yi Joon yang terlihat Hyo Min terpelecok di pinggir jalan.Dia turut menawarkan Hyo Min untuk menaiki keretanya.”Mana ada! Sebuk sajalah kau ni”,balas Hyo Min sambil membuat muka ‘pau’nya.”Tak apalah kalau macam tu,saya gerak dulu ya”,kata Yi Joon pula lalu beredar pergi meninggalkan Hyo Min.

        “Aduh! Sakitnya....patutnya aku tumpang saja dia tadi.Tak ! Tak naklah! Tak ingin aku nak tumpang si bongok yang menyakitkan hati tu! Dasar orang kaya berlagak!”,kata Hyo Min lagi sambil meneruskan langkahnya yang terencut-encut.Mulutnya terkumat-kamit merungut kesakitan.



Hari-hari berkutnya :

       Sudah dua hari berlalu namun Hyo Min masih tidak dapat sebarang idea yang sesuai untuk mengenakan Yi Joon yang baginya merupakan ‘si bongok yang menyakitkan hati’.”Kawan-kawan,mari ke gelanggang sukan ! kita tengok pelajar lelaki kelas kita main bola keranjang!”,kata salah seorang pelajar kelas Hyo Min.

        Kelas Hyo Min sepatutnya ada kelas Pendidikan Jasmani,namun di batalkan kerana guru mereka tidak hadir.Oleh sebab itu mereka tidak melakukan sebarang aktiviti sukan pada hari itu.”Jom!,laung semua isi kelas kecuali Hyo Min yang kelihatan kurang berminat.Hyo Min memang kurang berminat terhadap aktiviti sebegini.

        Di gelanggang sukan semua pelajar perempuan termasuklah Hyo Min menyaksikan pelajar lelaki kelas mereka bermain bola keranjang.Tiba-tiba bola keranjang yang di lontar oleh Yi Joon terkena Hyo Min.Hyo Min naik berang lalu menuju ke arah Yi Joon sambil membawa bola keranjang yang terlontar ke arahnya itu tadi.

        “Kalau tak pandai lontar bola janganlah main!”,teriak Hyo Min ke arah Yi Joon lalu melontarkan bola keranjang tersebut tepat ke arah Yi Joon dengan sekuat hati.Yi Joon hanya berdiam diri dan hanya mampu menghembuskan nafas hampa.Angin Hyo Min saat itu memang tidak baik,tambahan lagi bola yang di lontar Yi Joon terkena padanya.

        Tiba-tiba Yi Joon terpijak sesuatu yang merupakan seutas gelang tangan.Pada gelang tangan itu tertera dua huruf H dan di antara huruf itu ada simbol hati.” Ini pasti milik Hyo Min”,bisik Yi Joon di dalam hati lalu memasukkan gelang itu ke dalam kocek seluarnya dan meneruskan permainan.




Di bilik Hyo Min,petang,sekitar jam 6.00 :

        Petang,di rumah Yu Mi selepas selesai sesi persekolahan,”gelang! mana gelang aku ni?!”,soal Yu Mi pada dirinya sendiri dengan cemas sekali.Dia terus menyelongkar isi biliknya sehinggakan buku-buku sekolah untuk jadual pada hari esok bercampur aduk dengan buku-buku lain termasuklah diarinya.

        Puas Yu Mi mencari gelangnya namun tidak ditemuinya kerana gelang itu sebenarnya bersama dengan Yi Joon.Di rumah Yi Joon pula,”Y ‘love” Y? Yu Mi dan? Siapa lagi seorang? Hmmmm?”,soal Yi Joon pada diri sendiri dengan penuh tanda tanya.Namun.dia tenang saja tika itu.

        Keesokan harinya di sekolah ketika semua pelajar ke kantin sekolah termasuklah Yu Mi dan rakan-rakannya yang tidak membawa bekal pada hari ini.Yi Joon telah mengambil peluang masuk ke dalam kelas untuk meletakkan gelang milik Yu Mi ke dalam beg sekolahnya.

        Tetapi dengan tidak sengaja Yi Joon terlihat diari Yu Mi di dalam beg Yu Mi.Yu Mi sebenarnya terbawa diarinya ekoran kejadian mencari gelang semalam.Tidak tahulah kenapa,tapi Yi Joon begitu tertarik untuk melihat kandungan diari tersebut.Yi Joon terus mengambil keputusan untuk mengambil diari tersebut dan gelang itu tidak jadi dipulangkannya.

        ”Kenapa.....kenapa sikapnya saling tak tumpah seperti Young Min? Kenapa dia sering buat aku geram? Yi Joon…kenapa dia seperti Young Min?”. Terkejut Yi Joon ketika membaca salah satu rangkap dalam diari Yu Mi.Sekarang barulah Yi Joon tahu tentang kisah hidup Yu Mi.

        Sebenarnya Yu Mi mempunyai seorang kekasih iatu Young Min.Mereka bercinta sejak berumur 13 tahun,tetapi Young Min telah terkorban dalam kemalangan ketika berumur 15 tahun,abang Yu Mi,Donghae turut terkorban dalam kemalangan yang melibatkan kereta dengan kereta tersebut.

        Hubungan mereka hanya diketahui oleh Jenny,Sulli,abang dan nenek Yu Mi saja.Sudah dua tahun peristiwa itu berlalu,namun kehadiran Yi Joon membuatkan Yu Mi teringat kembali pada Young Min,dan sikap Yi Joon yang selalu membuatkan dirinya marah saling tak tumpah seperti Young Min.Persoalan yang bermain di dalam fikiran Yi Joon tentang dua huruf ‘Y’ dan juga simbol hati itu turut terjawab.

        Sebenarnya sejak hari pertama Yi Joon melangkah masuk ke kelas Yu Mi dia sudah pun tertawan pada Yu Mi,tetapi setelah membaca diari Yu Mi dia berasa serba salah.Yi Joon akhirnya membuat keputusan untuk memulangkan gelang dan diari tersebut kepada Yu Mi pada hari persekolahan keesokan harinya.

Di sekolah.Tamat waktu persekolahan :

        “Kriing”,loceng tanda selesai waktu persekolahan telahpun berbunyi.Semua pelajar berpusu-pusu menuju ke pintu keluar kelas masing-masing untuk pulang.Di luar pintu pagar sekolah,”Yu Mi,tunggu!”,teriak Yi Joon.Yu Mi yang berbasikal terus memberhentikan basikalnya dan berpaling ke arah belakang.

        Basikal Yu Mi yang dahulunya rosak telah kembali baik.“Nah,saya nak pulangkan gelang dan diari awak,sebenarnya hari tu awak tercicir gelang awak dan masa saya nak masukkan gelang awak dalam beg awak saya nampak diari awak.Saya tak sengaja mengambilnya”,kata Yi Joon dengan nada yang serba salah.

        Wajah Yu Mi yang pada asalnya tenang saja bertukar marah.Segera dia melepaskan basikalnya dan merampas gelang serta diarinya dari tangan Yi Joon.”Kau ingat kau siapa,berani kau ambil diari orang tanpa kebenaran! Kau mesti baca diari aku kan?!,marah Yu Mi.Yu Mi terus memukul dan menolak Yi Joon sehingga ke tengah jalan.

        “Bang!”,satu rempuhan kuat kedengaran.Darah mengalir di atas permukaan jalan.”Yi Joon....Yi Joon”,teriak Yu Mi selepas melihat Yi Joon rebah di atas jalan selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh pemandu Yi Joon sendiri.Yu Mi hanya mampu berdiri selepas itu dan seluruh badannya terasa longlai.

        “Tuan muda? Apa kamu buat ni?!,marah pemandu Yi Joon kepada Yu Mi dengan nada marah.Yu Mi cuba menghampiri Yi Joon,namun tidak kesampaian.Orang ramai yang melalui jalan itu terus mengangkat Yi Joon ke dalam kenderaan.Pemandu kepada Yi Joon terus membawanya ke hospital.

        Yu Mi yang berdiri di tepi jalan terus tersungkur.”Apa yang aku dah lakukan?”,soalnya di dalam hati yang sedang berdegup kencang.Kakinya kini sudah tidak boleh berdiri dengan stabil,tangannya menggigil dengan serta merta.Air matanya mula menitis membasahi pipi.

2 bulan kemudian :

        Sudah dua bulan Yi Joon tidak hadir ke sekolah.Khabar angin tentang Yi Joon di masukkan ke hospital besar semakin hangat diperkatakan.”Macam mana agaknya keadaan Yi Joon? Adakah dia semakin pulih? Yi Joon..maafkan aku”,bisik Yu Mi di dalam hati dengan penuh kehampaan.

        Pandangannya yang pada asal ke arah luar tingkap di alih ke arah tempat duduk Yi Joon.Yu Mi semakin di rundum rasa kekesalan dan bersalah.Dirinya begitu ingin berjumpa dengan Yi Joon dan memohon maaf daripadanya.Jenny dan Sulli yang sebaris dengan Yu Mi hanya mampu melihat Yu Mi tanpa berbuat apa-apa.Risau mereka melihatkan keadaan Yu Mi tersebut.

Seminggu kemudian :

        Seminggu kemudian,Yi Joon kembali ke sekolah.Yu Mi berasa amat gembira.”Yi Joon! Tunggu!”, laung Yu Mi sekuat-kuatnya.Yi Joon hanya memandang dan terus berlalu tanpa mengendahkan Yu Mi.”Yi Joon!”,laung Yu Mi beberapa kali,tetapi Yi Joon tetap tidak berpaling ke arah Yu Mi.

       “Tentu dia membenci aku”,Yu Mi berkata di dalam hati.Dia hanya mampu tertunduk bisu.Wajahnya jelas kelihatan amat sedih.Selepas habis waktu persekolahan,Yu Mi terus pergi ke atas bukit di mana di situlah tempat dia selalu bermain dengan abangnya sejak kecil.

         Bukit itu terletak beberapa meter dari belakang rumah Yu Mi.Dari atas bukit tersebut,pemandangan bandar tempat tinggalnya boleh di lihat dengan jelas.Yu Mi terus menyandarkan badannya pada sebatang pokok yang rendang dan menghirup udara segar.

        ”Abang Donghae…apa yang Yu Mi dah buat ni? Yu Mi dah buat Yi Joon benci Yu Mi”,luah Yu Mi dan terus memejamkan matanya.Tak lama selepas itu,dia berasa bahunya dipegang lantas dia menoleh ke belakang.Dadanya terus berdebar-debar apabila melihat kehadiran Yi Joon.

        Yi Joon terus melabuhkan punggungnya bersebelahan Yu Mi.”Cantiknya pemandangan dari atas ni,udara pun segar”,kata Yi Joon sambil tersenyum mesra lalu memandang ke arah Yu Mi yang seakan tidak percaya dan terkejut.

        “Yi Joon….maafkan saya”,kata Yu Mi dengan nada yang penuh dengan kekesalan.”Tak apa,salah saya juga,kalau saya tak ambil diari awak pasti awak tak akan naik marah.Lagi pun,kereta tu muncul secara tiba-tiba,bukan salah awak”,balas Yi Joon.“Tapi kenapa awak tak benci saya,kerana saya lah awak dimasukkan ke hospital”,kata Yu Mi sambil tertunduk.

        Keadaan menjadi sepi seketika,hanya desiran angin yang kedengaran.”Sebab….saya mencintai awak Yu Mi”,kata-kata yang keluar dari mulut Yi Joon itu membuatkan Yu Mi tersentak.Dia terus berpaling ke arah Yi Joon yang berada di sebelahnya seakan tidak percaya.
        Pantas Yu Mi berdiri dan terus melangkah pergi meninggalkan Yi Joon.Jantungnya kembali berdegup kencang.Namun,langkangnya di halang oleh Yi Joon  apabila Yi Joon menarik tangannya.Yi Joon merenung tepat ke dalam mata Yu Mi lalu berkata,”saya mencintai awak sepenuh hati saya.Walaupun pada awak saya seperti Young Min tapi…saya Yi Joon yang tak akan pernah tinggalkan awak.

        Air mata Yu Mi mula menitis menyentuh pipinya sebaik saja mendengar kata-kata Yi Joon.Dia berasa amat sayu dan terharu.”Saya tak sanggup kehilangan orang yang saya sayang lagi,saya takut….saya tak nak lalui itu semua”,luah Yu Mi yang terus menitiskan air matanya sambil tertunduk.

        Yi Joon memegang bahu Yu Mi lalu di dakap seeratnya.Air mata Yu Mi menitis tanpa henti.”Saya tak akan pernah meninggalkan awak Yu Mi…tak akan……”,kata Yi Joon pula.Yi Joon pantas mengesat air mata Yu Mi lalu di renung mata gadis yang berada di hadapannya saat itu.Yu mI pula hanya berdiam diri dan tidak mampu berkata apa-apa.

        “Sudikah awak jadi teman hidup saya”,soal Yi Joon kepada Yu Mi dengan penuh keikhlasan.”Yi Joon.....”,ucap Yu Mi lalu menganggukkan kepalanya sambil tersenyum mesra walaupun air matanya masih membasahi pipi.Yi Joon lagi sekali mengesat air mata  Yu Mi sambil tersenyum gembira.”Saya cintakan awak Yi Joon”,lafaz Yu Mi sambil mengenggam erat tangan Yi Joon.

-TAMAT-

Copyright@Si.y Arts 2010



anak tenggiling tidur mati, komen/like-lah kalau baik hati :)

0 comments:

 
copyright@Si.y Arts 2010