Friday 27 January 2012

Al-Fatihah



Assalamualaikum,
Hari ini aku berasa sedikit hiba. Sebenarnya sejak malam semalam aku dapat tahu tentang berita ni, tapi aku macam tak percaya dan tak pasti kesahihah berita tuh. Tapi bila kawan aku sendiri cerita baru lah aku percaya and aku bukak akaun fb sahabat arwah dan baca status mengenai arwah. Ya, memang benar arwah Amirul Hanis sudah kembali ke rahmatullah. Aku ucapkan takziah kepada keluarga arwah dan sahabat-2 rapat arwah, semoga arwah ditempatkan di sisi golongan yang baik-2. Walaupun aku tak rapat dengan arwah tapi pernah jugalah aku chatting dengan arwah di fb dan keluar berbuka puasa sama-2. Ntah kenapa aku rasa sedih petang ni, aku benar-2 berharap arwah berada dalam keadaan yang baik di alam yang satu lagi.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Al-Fatihah....


Sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmah dibaliknya dan kita yang masih hidup ini haruslah meneruskan kehidupan kita.


sincerely,
dayanaazman



anak tenggiling tidur mati, komen/like-lah kalau baik hati :)

Thursday 26 January 2012

Outing :)





Hohohoii xD
So penat and pening hari ni, but happy sebab tadi outing dengan mizznina eh salah ! mizznani dengan mizzpeanut >< mizznina ? mizzpeanut ? siapa tuh ? -,- haha, actually dyorg tuh alah adila hani dan siti fatimah. haha ♥ 
first aku and nani pergi ke kedai tukang jahit idamanku, tempah baju uniform then terus ke KP jumpa dengan sitii >< kat KP pergi kat tingkat yang jual pinggan mangkuk apa semua tuh tengok-2 botol air 1.5 liter, naik sekolah ni wajib bawak. aku jumpe satu botol ni unik betul, tapi segan pulak nak bawak xD haha. ingat dah puas jalan -2 nnt nak datang balik kat tempat jual botol tuh nak beli, last-2 lupa terus kan ! aptb~ -,.-'' terus je balik rumah selamba badak~
tapi sebelum balik kiteorg main boling dulu >< Ari ni aku main boling mmg suey gila -o-'' dah lama tak main kot xD mizznani lah yang menang diikuti dengan mizzpeanut. salah satu faktor aku kalah *cewahh, carik alasan xD. ialah sebab perut aku lapar gila -.-'' takde energy lah katakan xD lepas abis main boling, kiteorg pergi ke Warisan pulak untuk membuncitkan perut :D ni ada 2 gambar yang sempat mizzpeanut snap. take a look :)









cer teke yang mana aku punya, cer teke~ haha xD aku punya yang licin just tinggal sayur sawi je tuh, nasi goreng cina . haha xD abis tau aku makan, aku  kan tak suka membazir :) nani punya yang banyak lebih tuh, nasi goreng kampung. selebet betul, makan pun tak abis, bazir bazir~ haha ! sitii pulak mee goreng, ni lagi ngada-2 dah tinggal sikit pun bukan nak abiskan, dyorg ny masing-2 mmg nak kena sumbat je~ -,.-'' perut dah kenyang and hati dah senang lepak pulak dekat luar KP bual-2 then masing-2 balik rumah. so, sampai situ jelah :D
Okay lah, sampai sini dulu sehingga bertemu di lain entry. As Salam :) *actually aku menulis entry ini dalam keadaan pening, kalau tak panjang lagi isi kandungannya ni. haha ><






lots of love,
dayanaazman



anak tenggiling tidur mati, komen/like-lah kalau baik hati :)

Tuesday 24 January 2012

Conteng-conteng ♥



Oitttt, haii semua ><
Bosan tak bosan tak ? Haha. Bosan kan -,- samelah~ *padahal homework bertimbun belum buat. Hari tuh aku jalan-2 dekat blog orang then terjumpa white board untuk lukis doodle, nak main conteng-conteng pun boleh  xD admin blog tuh ada bagi codenya, aku copy and paste kat notepad. Tapi aku dah lupa lah nama blog admin tuh apa, tapi blog dy bertemakan hello kitty. Pape pun aku nak creditkan kepada admin blog tuh. Hehe ^^" 
Ape bende white board conteng-conteng tuh ?tak paham ? Haha actually benda alah ni, cer tengok bawah cer tengok ><









Haaa! macam nilah rupa dy. So, pada yang tengah bosan tak tau nak buat apa tuh apa tunggu lagi dipersilakan untuk mencubanya *macam budak-2 je kan main conteng-conteng white board ><  Okaylah, rasa tuh je nak share. As Salam semua :)


Thanks for membuang masa membaca entry dan berkunjung ke blog aku, love you bebeh :>

anak tenggiling tidur mati, komen/like-lah kalau baik hati :)

Monday 23 January 2012

Short Story #2 : I Love You


I Love You


Di bilik Yu Mi,kira-kira jam 7.32 pagi :

        “Ahhhh ! Dah pukul 8 pagi ?! Habislah,mesti lambat nanti !”.Hyo Min atau nama sebenarnya Na Hyo Min,pelajar tahun akhir Sekolah Tinggi Shinhwa.Hyo Min merupakan gadis yang ceria dan pintar,namun di sebalik keceriaan yang terpancar di wajahnya,dia mempunyai kisah silam yang sukar di lupakan.

Di Jalan Sutera,laluan menuju ke sekolah :

        “ Teruk,teruk,teruk ! Kenapa aku lambat lagi ni ?!”,rungut Hyo Min yang sudah terlambat ke sekolah.”Susahnya tak ada basikal,tak guna punya basikal! Baru saja hari pertama aku guna dah rosak,tak guna! Tak guna!”,rungut Hyo Min lagi.Itulah yang akan diucapnya apabila fikirannya bercelaru.

        Oleh sebab Hyo Min sudah terlambat,dia terus berlari menuju ke pintu gerbang sekolahnya yang baginya merupakan pintu utama yang memberi masalah kepadanya.Akibat kelambatannya itu,namanya telah di catat di dalam buku salah laku murid.Nama Hyo Min merupakan yang palingglamour di dalam buku itu.

        “Hah….! Penat-penat saja aku tidur awal malam tadi,lambat juga akhirnya”,kata Hyo Min dengan nada yang penuh dengan kekesalan.”Bangun semua”,kata ketua tingkatan kelas Hyo Min.”Selamat pagi cikgu Yoon”,kata semua isi tingkatan termasuklah Hyo Min,namun hanya dia yang nampak tidak bersemangat ketika itu.

        Cikgu Yoon merupakan guru tingkatan bagi kelas Hyo Min dan mengajar matapelajaran Sastera.Tidak sampai seminit,datang seorang pelajar lelaki,melangkah masuk ke dalam kelas Hyo Min dan berdiri bersebelahan dengan cikgu Yoon.”Baiklah murid-murid,pada hari ini.kita akan mendapat seorang pelajar baru di dalam kelas kita”,kata cikgu Yoon sambil tersenyum.
        “Salam perkenalan,nama saya Lee Yi Joon,panggil saja Yi Joon.Sila beri tunjuk ajar”,kata Yi Joon,memperkenalkan dirinya di hadapan semua pelajar kelas Hyo Min.Yi Joon merupakan pelajar baru yang berpindah ke sekolah Tinggi ShinHwa kerana mengikut ayah dan ibunya yang telah di tugaskan bekerja di Seoul.

        Semua pelajar terutamanya pelajar perempuan tertumpu ke arah Yi Joon yang memiliki riak wajah yang kacak dan memiliki senyuman ceria yang mampu membuatkan hati setiap para pelajar perempuan tertawan kepadanya.Namun demikian,kehadiran Yi Joon biasa saja bagi Hyo Min.Dia hanya memandang ke arah luar tingkap tanpa menghiraukan kehadiran Yi Joon.

        “Hyo Min,tempat duduk di hadapan awak itu kosongkan?”,tiba-tiba saja namanya dipanggil dan di soal oleh cikgu Yoon.”A...,ya,ya kosong”,jawab Hyo Min dengan wajah yang kebingungan.Tempat duduk dihadapannya yang dulunya kosong kini menjadi tempat duduk Yi Joon.Yi Joon terus menuju ke arah tempat duduknya yang baru dan melabuhkan punggungnya di situ..

Di dalam kelas,pada waktu rehat :

        “Kriing”,loceng pertama yang menandakan waktu rehat sudahpun berbunyi,semua pelajar keluar untuk ke kantin.Di dalam kelas kini hanya tinggal empat orang saja iaitu Hyo Min,Jenny,Sulli dan Yi Joon.”Yu Mi,marilah makan dengan kami”,kata Sulli,mengajak Hyo Min makan di tempat duduknya bersama Jenny.

        Hyo Min,Jenny dan Sulli makan bersama-sama sambil ketawa dan Yu Mi merupakan ‘raja lawak’ ketika itu.” Comelkan budak baru tu?”,soal Jenny sambil memandang ke arah Yi Joon.”Betul tu,tengoklah tu rajinnya dia baca buku dalam kelas tak pergi rehat pun”,Sulli mengiyakan kata-kata Jenny dan tak henti-henti tersenyum.


        “Biasa saja,datuk aku lagi comel”,kata Hyo Min dengan selambanya.”Ish,apalah kau ni! Sian tahu kalau dia dengar”,kata Jenny pula sambil menakup mulut Hyo Min.Mereka semua pun ketawa terkekek-kekek di situ sambil menghabiskan bekal yang di bawa.Sebenarnya Yi Joon telah pun mendengar setiap perbualan mereka,cuma mereka saja yang tidak tahu.Dari jauh Yi Joon hanya tersenyum saja.

Seminggu kemudian,di laluan menuju ke Bilik Guru :

        ”Aduh !,hoi ! Tak nampak orang ke ?! Dahlah langgar orang,bukan reti nak minta maaf !,kata Hyo Min dengan nada yang tinggi sebaik saja di langgar oleh Yi Joon.”Macam mana saya nak minta maaf kalau awak marah saya tak henti-henti”,balas Yi Joon dengan tenang sambil melemparkan senyuman ke arah Hyo Min.

       Sebaik saja Hyo Min mendengar kata-kata Yi Joon,dia terus naik darah.Hyo Min terus menghalakan pandangan yang jelas menunjukkan dirinya tidak puas hati dan marah,namun pandangan itu langsung tidak membawa apa-apa kesan kepada Yi Joon.Yi Joon pun berlalu dari situ dengan tenang dan tidak berkata apa-apa.

        “Hah! Dia…dia..buat bodoh saja,tak guna!”,teriak Hyo Min di dalam hati.Wajahnya kini jelas menunjukkan yang dia sedang dalam kemarahan yang membuak-buak.”Hoi! Si bongok yang menyakitkan hati,buku-buku yang jatuh ni siapa yang nak kutip?!”,jerit Hyo Min sekuat  hati ke arah Yi Joon,namun kata-katanya sama sekali tidak di hendarkan oleh Yi Joon.

        “Tak guna punya orang,bukannya nak tolong! Minta maaf pun tak! Sombong pula tu! Menyakitkan hati betullah,siaplah dia,tahulah apa yang aku nak buat kat dia,tunggu sajalah”,kata Hyo Min seorang diri di laluan menuju ke Bilik Guru itu sambil ketawa dan sikap peliknya mula kelihatan.

Keesokan harinya,di sekolah.kira-kira jam 7.25 pagi :

        Hari ni merupakan hari yang paling bersejarah.Buat kali pertamanya pelajar yang bernama Na Hyo Min datang awal ke sekolah sebelum pukul 8 pagi.Tetapi,sebenarnya Hyo Min datang awal ke sekolah kerana mempunyai matlamat lain iaitu untuk membalas dendam kepada pelajar sekelasnya yang bernama Yi Joon yang di anggapnya seorang yang menyakitkan hati.

Di dalam kelas Hyo Min :

        “Sekarang,hanya aku seorang saja di dalam kelas ni”,Hyo Min bercakap seorang diri di pintu kelasnya sambil tersenyum sinis dan mengeluarkan gula-gula getah lalu mengunyahnya.Gula-gula getah yang hanya memakan masa beberapa saat untuk dikunyah oleh Hyo Min dilekatkan di tempat duduk Yi Joon.

        “Yi Joon! Lepas ni pasti kau pasti tak akan ke mana-mana.Kau akan bersama dengan kerusi kau buat selama-lamanya”,kata Hyo Min sambil ketawa dan menepuk-nepuk kerusi di meja Yi Joon lalu keluar dari kelas  berpura-pura untuk datang lambat seperti yang selalu di lakukan olehnya.Di raut wajahnya ,penuh dengan perasaan puas hati dan gembira.

Jam 8.36 pagi,di dalam kelas :

        “Aik? Peliknya,kenapa dia boleh bangun dari tempat duduk dia? Baju dia pun tak kotor”,kata Hyo Min dengan nada rendah dan tertunduk-tunduk kerana bimbang kata-katanya di dengari oleh Yi Joon.Tiba-tiba,Yi Joon berpaling ke arah belakang dan dan tersenyum ketika menghadap wajah Hyo Min lalu berkata,”sebab saya dah buang gula-gula getah yang awak letak tu sebelum saya duduk.



        Yi Joon kemudiannya berpaling ke depan semula dan menyambung nota yang perlu di hantar pada hari itu.Hyo Min sangat terkejut,dia terus menakup mukanya dengan buku notanya.”Tak guna! Macam mana dia boleh sedar ada gula-gula getah kat kerusi dia! Yi Joon,kau jangan ingat kau akan terlepas”,bisik Yu Mi di dalam hati sambil merenung tepat ke arah Yi Joon yang berada di hadapannya.

        Sebenarnya,Yi Joon sudah tahu ada gula-gula getah telah di lekatkan pada kerusinya.Yi Joon juga sebenarnya sudah tahu,gula-gula getah yang ada pada kerusinya itu semua angkara Hyo Min kerana pagi tadi dia telah terlihat Hyo sedang melakukan kerja-kerja kotornya.

Di Jalan Anggur,selepas tamat waktu persekolahan :

        Hyo Min berjalan pulang ke rumah sambil memikirkan idea baru untuk mengenakan Yi Joon.Dia tidak pulang dengan menaiki basikal pada hari ini kerana basikalnya buat hal lagi,jadi terpaksalah Hyo Min berjalan kaki pada hari tersebut.” Aduh! Aduh! Sakitnya!”,teriak Hyo Min.Tiba-tiba saja kakinya terpelecok.

        Tak lama selepas itu,”kaki terpelecok ke? Tumpanglah saya”,soal Yi Joon yang terlihat Hyo Min terpelecok di pinggir jalan.Dia turut menawarkan Hyo Min untuk menaiki keretanya.”Mana ada! Sebuk sajalah kau ni”,balas Hyo Min sambil membuat muka ‘pau’nya.”Tak apalah kalau macam tu,saya gerak dulu ya”,kata Yi Joon pula lalu beredar pergi meninggalkan Hyo Min.

        “Aduh! Sakitnya....patutnya aku tumpang saja dia tadi.Tak ! Tak naklah! Tak ingin aku nak tumpang si bongok yang menyakitkan hati tu! Dasar orang kaya berlagak!”,kata Hyo Min lagi sambil meneruskan langkahnya yang terencut-encut.Mulutnya terkumat-kamit merungut kesakitan.



Hari-hari berkutnya :

       Sudah dua hari berlalu namun Hyo Min masih tidak dapat sebarang idea yang sesuai untuk mengenakan Yi Joon yang baginya merupakan ‘si bongok yang menyakitkan hati’.”Kawan-kawan,mari ke gelanggang sukan ! kita tengok pelajar lelaki kelas kita main bola keranjang!”,kata salah seorang pelajar kelas Hyo Min.

        Kelas Hyo Min sepatutnya ada kelas Pendidikan Jasmani,namun di batalkan kerana guru mereka tidak hadir.Oleh sebab itu mereka tidak melakukan sebarang aktiviti sukan pada hari itu.”Jom!,laung semua isi kelas kecuali Hyo Min yang kelihatan kurang berminat.Hyo Min memang kurang berminat terhadap aktiviti sebegini.

        Di gelanggang sukan semua pelajar perempuan termasuklah Hyo Min menyaksikan pelajar lelaki kelas mereka bermain bola keranjang.Tiba-tiba bola keranjang yang di lontar oleh Yi Joon terkena Hyo Min.Hyo Min naik berang lalu menuju ke arah Yi Joon sambil membawa bola keranjang yang terlontar ke arahnya itu tadi.

        “Kalau tak pandai lontar bola janganlah main!”,teriak Hyo Min ke arah Yi Joon lalu melontarkan bola keranjang tersebut tepat ke arah Yi Joon dengan sekuat hati.Yi Joon hanya berdiam diri dan hanya mampu menghembuskan nafas hampa.Angin Hyo Min saat itu memang tidak baik,tambahan lagi bola yang di lontar Yi Joon terkena padanya.

        Tiba-tiba Yi Joon terpijak sesuatu yang merupakan seutas gelang tangan.Pada gelang tangan itu tertera dua huruf H dan di antara huruf itu ada simbol hati.” Ini pasti milik Hyo Min”,bisik Yi Joon di dalam hati lalu memasukkan gelang itu ke dalam kocek seluarnya dan meneruskan permainan.




Di bilik Hyo Min,petang,sekitar jam 6.00 :

        Petang,di rumah Yu Mi selepas selesai sesi persekolahan,”gelang! mana gelang aku ni?!”,soal Yu Mi pada dirinya sendiri dengan cemas sekali.Dia terus menyelongkar isi biliknya sehinggakan buku-buku sekolah untuk jadual pada hari esok bercampur aduk dengan buku-buku lain termasuklah diarinya.

        Puas Yu Mi mencari gelangnya namun tidak ditemuinya kerana gelang itu sebenarnya bersama dengan Yi Joon.Di rumah Yi Joon pula,”Y ‘love” Y? Yu Mi dan? Siapa lagi seorang? Hmmmm?”,soal Yi Joon pada diri sendiri dengan penuh tanda tanya.Namun.dia tenang saja tika itu.

        Keesokan harinya di sekolah ketika semua pelajar ke kantin sekolah termasuklah Yu Mi dan rakan-rakannya yang tidak membawa bekal pada hari ini.Yi Joon telah mengambil peluang masuk ke dalam kelas untuk meletakkan gelang milik Yu Mi ke dalam beg sekolahnya.

        Tetapi dengan tidak sengaja Yi Joon terlihat diari Yu Mi di dalam beg Yu Mi.Yu Mi sebenarnya terbawa diarinya ekoran kejadian mencari gelang semalam.Tidak tahulah kenapa,tapi Yi Joon begitu tertarik untuk melihat kandungan diari tersebut.Yi Joon terus mengambil keputusan untuk mengambil diari tersebut dan gelang itu tidak jadi dipulangkannya.

        ”Kenapa.....kenapa sikapnya saling tak tumpah seperti Young Min? Kenapa dia sering buat aku geram? Yi Joon…kenapa dia seperti Young Min?”. Terkejut Yi Joon ketika membaca salah satu rangkap dalam diari Yu Mi.Sekarang barulah Yi Joon tahu tentang kisah hidup Yu Mi.

        Sebenarnya Yu Mi mempunyai seorang kekasih iatu Young Min.Mereka bercinta sejak berumur 13 tahun,tetapi Young Min telah terkorban dalam kemalangan ketika berumur 15 tahun,abang Yu Mi,Donghae turut terkorban dalam kemalangan yang melibatkan kereta dengan kereta tersebut.

        Hubungan mereka hanya diketahui oleh Jenny,Sulli,abang dan nenek Yu Mi saja.Sudah dua tahun peristiwa itu berlalu,namun kehadiran Yi Joon membuatkan Yu Mi teringat kembali pada Young Min,dan sikap Yi Joon yang selalu membuatkan dirinya marah saling tak tumpah seperti Young Min.Persoalan yang bermain di dalam fikiran Yi Joon tentang dua huruf ‘Y’ dan juga simbol hati itu turut terjawab.

        Sebenarnya sejak hari pertama Yi Joon melangkah masuk ke kelas Yu Mi dia sudah pun tertawan pada Yu Mi,tetapi setelah membaca diari Yu Mi dia berasa serba salah.Yi Joon akhirnya membuat keputusan untuk memulangkan gelang dan diari tersebut kepada Yu Mi pada hari persekolahan keesokan harinya.

Di sekolah.Tamat waktu persekolahan :

        “Kriing”,loceng tanda selesai waktu persekolahan telahpun berbunyi.Semua pelajar berpusu-pusu menuju ke pintu keluar kelas masing-masing untuk pulang.Di luar pintu pagar sekolah,”Yu Mi,tunggu!”,teriak Yi Joon.Yu Mi yang berbasikal terus memberhentikan basikalnya dan berpaling ke arah belakang.

        Basikal Yu Mi yang dahulunya rosak telah kembali baik.“Nah,saya nak pulangkan gelang dan diari awak,sebenarnya hari tu awak tercicir gelang awak dan masa saya nak masukkan gelang awak dalam beg awak saya nampak diari awak.Saya tak sengaja mengambilnya”,kata Yi Joon dengan nada yang serba salah.

        Wajah Yu Mi yang pada asalnya tenang saja bertukar marah.Segera dia melepaskan basikalnya dan merampas gelang serta diarinya dari tangan Yi Joon.”Kau ingat kau siapa,berani kau ambil diari orang tanpa kebenaran! Kau mesti baca diari aku kan?!,marah Yu Mi.Yu Mi terus memukul dan menolak Yi Joon sehingga ke tengah jalan.

        “Bang!”,satu rempuhan kuat kedengaran.Darah mengalir di atas permukaan jalan.”Yi Joon....Yi Joon”,teriak Yu Mi selepas melihat Yi Joon rebah di atas jalan selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh pemandu Yi Joon sendiri.Yu Mi hanya mampu berdiri selepas itu dan seluruh badannya terasa longlai.

        “Tuan muda? Apa kamu buat ni?!,marah pemandu Yi Joon kepada Yu Mi dengan nada marah.Yu Mi cuba menghampiri Yi Joon,namun tidak kesampaian.Orang ramai yang melalui jalan itu terus mengangkat Yi Joon ke dalam kenderaan.Pemandu kepada Yi Joon terus membawanya ke hospital.

        Yu Mi yang berdiri di tepi jalan terus tersungkur.”Apa yang aku dah lakukan?”,soalnya di dalam hati yang sedang berdegup kencang.Kakinya kini sudah tidak boleh berdiri dengan stabil,tangannya menggigil dengan serta merta.Air matanya mula menitis membasahi pipi.

2 bulan kemudian :

        Sudah dua bulan Yi Joon tidak hadir ke sekolah.Khabar angin tentang Yi Joon di masukkan ke hospital besar semakin hangat diperkatakan.”Macam mana agaknya keadaan Yi Joon? Adakah dia semakin pulih? Yi Joon..maafkan aku”,bisik Yu Mi di dalam hati dengan penuh kehampaan.

        Pandangannya yang pada asal ke arah luar tingkap di alih ke arah tempat duduk Yi Joon.Yu Mi semakin di rundum rasa kekesalan dan bersalah.Dirinya begitu ingin berjumpa dengan Yi Joon dan memohon maaf daripadanya.Jenny dan Sulli yang sebaris dengan Yu Mi hanya mampu melihat Yu Mi tanpa berbuat apa-apa.Risau mereka melihatkan keadaan Yu Mi tersebut.

Seminggu kemudian :

        Seminggu kemudian,Yi Joon kembali ke sekolah.Yu Mi berasa amat gembira.”Yi Joon! Tunggu!”, laung Yu Mi sekuat-kuatnya.Yi Joon hanya memandang dan terus berlalu tanpa mengendahkan Yu Mi.”Yi Joon!”,laung Yu Mi beberapa kali,tetapi Yi Joon tetap tidak berpaling ke arah Yu Mi.

       “Tentu dia membenci aku”,Yu Mi berkata di dalam hati.Dia hanya mampu tertunduk bisu.Wajahnya jelas kelihatan amat sedih.Selepas habis waktu persekolahan,Yu Mi terus pergi ke atas bukit di mana di situlah tempat dia selalu bermain dengan abangnya sejak kecil.

         Bukit itu terletak beberapa meter dari belakang rumah Yu Mi.Dari atas bukit tersebut,pemandangan bandar tempat tinggalnya boleh di lihat dengan jelas.Yu Mi terus menyandarkan badannya pada sebatang pokok yang rendang dan menghirup udara segar.

        ”Abang Donghae…apa yang Yu Mi dah buat ni? Yu Mi dah buat Yi Joon benci Yu Mi”,luah Yu Mi dan terus memejamkan matanya.Tak lama selepas itu,dia berasa bahunya dipegang lantas dia menoleh ke belakang.Dadanya terus berdebar-debar apabila melihat kehadiran Yi Joon.

        Yi Joon terus melabuhkan punggungnya bersebelahan Yu Mi.”Cantiknya pemandangan dari atas ni,udara pun segar”,kata Yi Joon sambil tersenyum mesra lalu memandang ke arah Yu Mi yang seakan tidak percaya dan terkejut.

        “Yi Joon….maafkan saya”,kata Yu Mi dengan nada yang penuh dengan kekesalan.”Tak apa,salah saya juga,kalau saya tak ambil diari awak pasti awak tak akan naik marah.Lagi pun,kereta tu muncul secara tiba-tiba,bukan salah awak”,balas Yi Joon.“Tapi kenapa awak tak benci saya,kerana saya lah awak dimasukkan ke hospital”,kata Yu Mi sambil tertunduk.

        Keadaan menjadi sepi seketika,hanya desiran angin yang kedengaran.”Sebab….saya mencintai awak Yu Mi”,kata-kata yang keluar dari mulut Yi Joon itu membuatkan Yu Mi tersentak.Dia terus berpaling ke arah Yi Joon yang berada di sebelahnya seakan tidak percaya.
        Pantas Yu Mi berdiri dan terus melangkah pergi meninggalkan Yi Joon.Jantungnya kembali berdegup kencang.Namun,langkangnya di halang oleh Yi Joon  apabila Yi Joon menarik tangannya.Yi Joon merenung tepat ke dalam mata Yu Mi lalu berkata,”saya mencintai awak sepenuh hati saya.Walaupun pada awak saya seperti Young Min tapi…saya Yi Joon yang tak akan pernah tinggalkan awak.

        Air mata Yu Mi mula menitis menyentuh pipinya sebaik saja mendengar kata-kata Yi Joon.Dia berasa amat sayu dan terharu.”Saya tak sanggup kehilangan orang yang saya sayang lagi,saya takut….saya tak nak lalui itu semua”,luah Yu Mi yang terus menitiskan air matanya sambil tertunduk.

        Yi Joon memegang bahu Yu Mi lalu di dakap seeratnya.Air mata Yu Mi menitis tanpa henti.”Saya tak akan pernah meninggalkan awak Yu Mi…tak akan……”,kata Yi Joon pula.Yi Joon pantas mengesat air mata Yu Mi lalu di renung mata gadis yang berada di hadapannya saat itu.Yu mI pula hanya berdiam diri dan tidak mampu berkata apa-apa.

        “Sudikah awak jadi teman hidup saya”,soal Yi Joon kepada Yu Mi dengan penuh keikhlasan.”Yi Joon.....”,ucap Yu Mi lalu menganggukkan kepalanya sambil tersenyum mesra walaupun air matanya masih membasahi pipi.Yi Joon lagi sekali mengesat air mata  Yu Mi sambil tersenyum gembira.”Saya cintakan awak Yi Joon”,lafaz Yu Mi sambil mengenggam erat tangan Yi Joon.

-TAMAT-

Copyright@Si.y Arts 2010



anak tenggiling tidur mati, komen/like-lah kalau baik hati :)

Short Story #1 : My True Love



MY TRUE LOVE


Pagi.sekitar jam 7.30 :

        “Krrek”,kedengaran bunyi pintu di tolak.”Jeajin! Jeajin!”,teriak Eun penuh ceria,terpampang di wajahnye seribu satu kegembiraan.”Hah!”,sergah Jeajin yang sedang berdiri di belakang Eun.”Ish kau ni,suka sangat sergah orang, terperanjat aku tahu!”,kata Eun lalu memasamkan mukanya serta menoleh ke arah lain.

        “Alah kau ni,aku gurau saja,takkan marah kot”,balas Jeajin pula lalu menyenggol bahu Eun sambil tersengih-sengih.”Kau tu,hari-hari buat aku geram tahu tak!.Nasib baik aku tak ada penyakit jantung,kalau ada..tadi dah lama aku….”,kata Eun pula sambil mengerutkan dahi dan memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati.

          Eun dan Jeajin atau nama sebenar mereka Kim So Eun dan Kim Jeajin merupakan pelajar tahun tiga di sebuah sekolah di Korea dan berada di dalam kelas yang sama.Mereka merupakan rakan sepermainan sejak kecil lagi dan tinggal berjiran.

        Eun tinggal bersama kakaknya,Kim Ok Hyun,manakala Jeajin pula tinggal bersama kakaknya,Lee Shin Hye.Ibu bapa mereka masing-masing bekerja di luar negara dan menetap di sana.Oleh sebab itu,mereka tinggal bersama kakak mereka di Korea.

        Hubungan Eun dan Jeajin sangat rapat dan boleh dikatakan seperti adik beradik.Eun meminati apa yang Jeajin suka manakala Jeajin pula meminati apa yang Eun suka.Setiap hari mereka akan berjalan kaki ke sekolah yang terletak berhampiran rumah mereka bersama-sama.

        “Aku apa? Eun…janganlah marah.Dah,jom pergi sekolah!”,pujuk Jeajin sambil memegang tangan Eun lalu di tariknya,mengajak untuk bertolak ke sekolah.Jeajin dan Eun pun berjalan kaki ke sekolah bersama-sama seperti kebiasaanya.Kemarahan Eun biasanya tidak lama terutamanya apabila di pujuk oleh Jeajin.


        Sambil berjalan kaki menuju ke sekolah,Jeajin dan Eun berbual-bual.”Jeajin,lepas habis sekolah ni kau ada apa-apa perjumpaan tak?”,soal Eun.”Hmm…tak ada.Hah! Nanti dah habis sekolah kita pergi ke kedai jual ais krim yang hari tu kita pergi tu nak tak? Alaaa…yang tepi jalan tuh,”balas Jeajin lalu menyoal Eun pula.

        “ Hey! Aku twu lah…Nak! Aku memang berniat nak ajak kau tadi tapi kau dah ajak aku dulu.Sedap betullah ais krim kat situ lagi-lagi ais krim coklat dia,fuh!”,kata Eun pula dengan penuh semangat.”Betul tu,ais krim coklat dia power  betullah!”,balas Jeajin sambil membayangkan ais krim coklat di hadapannya sambil ternganga.

        “Eeeeiii! Serabailah kau ni..tak payah lah sampai nak ternganga-nganga.Dah macam budak sekolah tadika dah aku tengok! Eeeuuw!”,kata Eun sambil membuat muka geli.”Eh! suka ati aku lah..pehh!! ais krim coklat…urrggh!”,balas Jeajin sambil membayangkan ais krim coklat yang disebut-sebutnya tadi.

        Eun dan Jeajin memang memiliki citarasa yang sama sejak dulu lagi.Hampir semua perkara yang mereka minati adalah sama.M\Tanpa membuang masa mereka pun meneruskan perjalanan ke sekolah sambil di selang-selikan dengan perbualan serta gelak ketawa yang tak henti-henti.

Petang,selepas tamat waktu persekolahan :

        “Kriing”,bunyi loceng menanda tamat waktu persekolahan telah pun berbunyi.Jeajin dan Eun pun pantas mencapai beg galas masing-masing.”Are you ready?!”,soal Jeajin kepada Eun dengan penuh teruja.”Of cause!”,balas Eun dengan penuh semangat.Terukir senyuman di bibirnya,jelas menunjukkan kegembiraan yang teramat sangat.

        Sebaik saja Eun dan Jeajin menjejakkan kaki ke luar pagar sekolah,mereka terus membuka langkah seribu menuju ke kedai ais krim yang di maksudkan mereka ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi.Mereka berlari bersungguh-sungguh sambil berpegangan tangan dan tersenyum girang.

        “Siapa sampai dulu…dia makan ais krim free! Siapa yang lambat dia kena belanja!”,kata Jeajin sambil berlari bersungguh-sungguh.Tangan Eun yang di pegangnya di lepaskan perlahan-lahan.”What?! How dare u! aku tau lah aku lari tak kuat! Kau buli aku ea?!”,balas Eun sambil membuat muka ‘pau’.Mereka pun terus berlari menuju ke kedai ais krim yang di maksudkan.

        Selepas beberapa minit berlari mereka pun sampai ke kedai yang di maksudkan.Jeajin sampai dulu di ikuti Eun.”Haha! Aku sampai dulu…so..kau kena belanja aku! Yes!”,kata Jeajin dengan penuh bangga sambil tergelak besar.”Kau!! grr!! Fine! Aku malas nak gaduh dengan kau!”,balas Eun sambil membuat muka tanda tidak puas hati.

        Ketika berada di dalam kedai ais krim sambil menunggu ais krim yang di pesan,Jeajin ternampak seorang gadis yang menarik perhatiannya.Matanya terus tertumpu pada gadis itu.Kelopak matanya langsung tidak berkelip walaupun sekali.”Jeajin! Jeajin! Kau tengok siapa tu? Jeajin ooiii!!”,tegur Eun kepada Jeajin yang leka memandang seseorang.

        “Ah? Apa? Taka de…hmm…tu,siapa budak tu.Dia pakai baju seragam sekolah kita tapi aku tak pernah pun nampak dia sebelum ni kat sekolah”,balas Jeajin,turut mengajukan soalan kepada Eun.”Oh! tu Soo Young,tu budak baru kelas sebelahlah.Dia baru saja masuk sekolah kita.Kenapa? Kau tak pernah nampak dia ke?”,balas Eun dengan selamba.

        “Tak…tak ada apa-apa,aku tak pernah pulak nampak pelajar baru tu.Eh,makanlah ais krim kau tu,cair pulak nanti”,kata Jeajin pula sambil mempelawa Eun makan ais krim yang baru di hantar oleh pelayan.Eun hanya memandang kehairanan ke arah Jeajin.Dia tahu,pasti ada yang cuba di sembunyikan oleh Jeajin.

Petang,sekitar jam 3.00 :

        “Saya dah balik”,kata Eun sesampainya di rumah.’Lambat Eun balik hari ni,boyfriend Eun si Jeajin tu bawa  Eun pergi mana?”,soal Kak Hyun,kakak Eun sambil tersengih-sengih.”Akak ni..Jeajin tu bukanboyfriend Eun lah akak pun tahukan.Kitaorang pergi kedai ais krim yang kat bandar tu tadi,”balas Eun sambil tersenyum lalu merebahkan tubuhnya di atas sofa.

          “Akak tengok Eun dengan Jeajin makin rapat.Korangkan dah besar..manalah tahu kalau-kalau korang bercinta”,kata Kak Hyun sambil tersenyum mesra.”Tak adalah”,balas Eun selamba,cuba menyembunyikan senyumamnya.”Yalah..akak tak kesah pun kalau kamu nak bercinta dengan Jeajin.Akak lagi suka adalah”,kata Kak Hyun pula sambil mengusap kepala adiknya itu yang sedang berbaring di sofa.

        “Ish,apalah akak ni.Merepak jelah”,balas Eun sambil memuncungkan bibirnya seperti paruh burung.”Alah adik akak ni sensitif betul.Dah,pergi mandi,busuklah”,kata Kak Eun lagi,cuba memujuk adiknya itu sambil berpura-pura menutup hidungnya.“Tak adalah busuk sangat”,balas Eun sambil cuba membau badannya lalu di capai beg galasnya dan terus menuju ke biliknya.

Malam,sekitar jam 9.45 :

        “Huuh…”,Eun menghembuskan nafasnya.Dia kepenatan selepas menyiapkan kerja sekolah yang di berikan oleh gurunya.Segera dia membaringkan tubuhnya di atas katil sambil memandang tepat ke arah syiling yang di penuhi dengan sticker  yang bercorak bintang.Tiba-tiba,kenangannya bersama Jeajin ketika melekatkan sticker  itu muncul di ruangan mindanya.

        ”Kau ni kenapa? Tak ade keje lain ke? Aku suruh kau lekat sticker ni kat syiling bukan kat muka aku!”.kata Eun sambil membuat muka kehairanan.”Haha! janganlah marah-marah”.balas Jeajin sambil tersenyum kambing.”Ish kau ni! Nak kena!”,teriak Eun sambil memukul-mukul bahu Jeajin.

        Sejak dulu lagi Eun dan Jeajin meminati bintang.Di syiling bilik Jeajin pun ada sticker yang sama seperti Eun.Eun tersenyum sendirian apabila terbayang kenangan lama ketika melekatkan stickertersebut bersama Jeajin.”Jeajin…”,tiba-tiba saja nama Jeajin keluar dari mulutnya.”Jeajin? Erk..kenapa aku sebut nama dia?”,soal Eun pada dirinya sendiri sambil kebingungan.

        Dadanya secara tiba-tiba berdebar-debar,kata-kata Kak Hyun petang tadi pula bermain di mindanya tika itu,”akak tengok Eun dengan Jeajin makin rapat.Korangkan dah besar,manalah tahu korang bercinta.Kalau kamu bercinta lagi akak suka”.Segera Eun memejamkan mata serta menakup mukanya dengan bantal,mencuba untuk tidur.Beberapa minit kemudian Eun terus terlena di katilnya.

Seminggu kemudian,selepas tamat waktu persekolahan :

        “Jeajin! Jeajin! Tunggulah aku! Janganlah cepat sangat”,teriak Eun ke arah Jeajin yang kelihatan tergesa-gesa.”Kau nak pergi mana? Jomlah balik dengan aku”,kata Eun lagi.”Err…aku ada hal hari ni,nak kena cepat.Hmm…sorrylah Eun,hari ni kau balik sendiri ya?”,balas Jeajin lalu segera meninggalkan Eun di belakang bersendirian.

        “Krrek”,kedengaran bunyi pintu di buka perlahan.”Dah balik? Akak ada buat puding coklat kesukaan kamu ni,nak rasa?”,soal Kak Hyun kepada Eun sambil tersenyum mesra.”Nantilah,klu Eun nak nanti Eun ambil sendiri”,jawab Eun tidak bersemangat.Eun terus menuju ke biliknya.Dari raut wajahnya,jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

        Jam di dinding yang berbentuk bintang sudah menunjukkan jam 3.00 petang.Eun berdiri di tepi tingkap sambil memandang ke arah pintu pagar rumah Jeajin “Mana Jeajin pergi agaknya ya? Beberapa hari n ,jarang dia luangkan masa dengan aku.Balik sekolah sama-sama pun kadang-kadang saja.Dia…selalu busy sekarang ni..”,keluh Eun di dalam hati.

        Beberapa minit kemudian kelihatan kelibat Jeajin membuka pagar rumahnya.Dia kelihatan begitu gembira.Tiba-tiba saja hati Eun beedebar-debar serta berasa gelisah.Eun sendiri tidak mengerti mengapa perasaan itu hadir secara tiba-tiba.Di renungnya tingkap bilik Jeajin yang terletak berhadapan dengan tingkap biliknya.

        Selalunya Jeajin akan membuka tingkap dan mereka akan berbual melalui tingkap bilik mereka.Tapi,tidak pada hari ini.Eun terus menuju ke katilnya dan terus merebahkan tubuhnya di situ.”Aku…..dah..jatuh..cinta pada Jeajin ke?”,soal Eun sendirian.”Mengarut! Mengarut jelah”,teriak Eun.cuba menafikan perasaannya saat itu.

        Direnungnya gambar Jeajin di meja belajarnya lama-lama.Keadaan menjadi senyap seketika.“Ya! Aku….aku suka Jeajin! Aku suka dia!”,laung Eun di dalam hati,lalu tersenyum sambil diiringi air mata kegembiraan yang membasahi pipi.Di dakapnya gambar Jeajin seerat-eratnya.

Malam,sekitar jam 8.00 :

        “Duduklah Eun,hari ni akak masak lauk kesukaan Eun”,kata Kak Hyun sebaik saja melihat Eun berdiri bersebelahan meja makan.Eun hanya tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.”Wanginya! Mesti sedap,dari baunya pun dah tahu”,kata Eun,mula membuka bicara sambil menatap laut pauk yang di masak oleh kakaknya itu.

        “Aik? Happy  semacam saja adik akak ni.Ada apa-apa ke?”,soal Kak Hyun sambil mencedokkan lauk kesukaan adiknya itu ke pinggan Eun.”Hmm…mana ada.Tak ada apa-apalah”,balas Eun.cuba berbohong.Terukir senyuman lebar di bibirnya,jelas menunjukkan yang dia sedang berasa gembira.

        Sesudah selesai makan malam,Eun kembali ke biliknya.Sambil merenung kalender pada bulan Mac.Esok,12 Mac merupakan hari lahirnya.”Esok…hari lahir aku!”,teriak Eun selepas tersedar hari esok merupakan hari lahirnya.”Esok hari lahir aku…tentu Jeajin ingat.Aku harap dia ingat.Ya! Jeajin tentu ingat hari lahir aku”,teriak Eun lagi di dalam hati,dia berasa begitu gembira.

12 Mac,pagi sekitar jam 7.30 :

          “Jeajin! Jeajin!”,laung Eun dihadapan pintu rumah Jeajin.”Krrek”,kedengaran pintu di buka.”Eun…ingatkan siapa tadi.Cari Jeajin ea? Jeajin dah pergi sekolah dah,akak ingat dia pergi dengan Eun tadi.Mungkin JeaJin ada hal,kena pergi sekolah awal sikit”,kata Kak Shin Hye di pintu rumahnya.

        “Oh,hmm…akak tak pergi kerja ke hari ni?”,soal Eun kepada Kak Shin Hye.”Akak pergi kerja lambat sikit hari ni”,jawab Kak Shin Hye mesra.”Oh,hmm..tak apalah,saya pergi sekolah dulu ya”,balas Eun,tidak bersemangat.”Eh,tunggu dulu Eun”,kata Kak Shin Hye sambil berlari memasuki rumahnya.”Nah,ambillah,selamat hari jadi!”,ucap Kak Shin Hye dengan senyuman manisnya sambil menghulur sekotak hadiah kepada Eun.

        “Terima kasih akak”,balas Eun,terpancar kegembiraan di wajahnya.Kak Shin Hye merupakan orang yang kedua mengucapkan ‘selamat hari jadi’ kepadanya.Pagi-pagi lagi Kak Hyun telah meninggalkan sekeping kad ucapan ‘selamat hari jadi’ di meja belajarnya sebelum bertolak ke tempat kerja.

        ”Baiklah,saya pergi dulu ya kak”,kata Eun lagi sambil tersenyum lebar.”Hati-hati ya”,balas Kak Shin Hye sambil tersenyum lalu melambaikan tangannya ke arah Eun.Eun pun berjalan kaki menuju ke sekolah sambil diiringi perasaan yang gembira.Hanya Jeajin saja yang belum mengucapkan ‘selamat hari jadi’ kepadanya namun,dia tetap sabar menunggu.

Selepas tamat waktu persekolahan :

        “Eun! Eun! Jom ikut aku!”,teriak Jeajin lalu segera merangkul tangan Eun lalu di tariknya perlahan.Sambil berlari,Eun menyoal Jeajin,”kita nak pergi ke mana ni?”.“Ke sini”,jawab Jeajin ringkas.Mereka berdiri betul-betul di hadapan kedai aksesori.”Kedai aksesori…?”,soal Eun kebingungan.Jeajin terus menarik tangan Eun dan memasuki kedai aksesori tersebut.

        “Kau duduk sini diam-diam”,kata Jeajin.Dia terus memilih rantai yang ada di kedai tersebut dengan penuh bersungguh-sungguh.”Hah! Yang ni sesuai!”,laung Jeajin lalu memakaikan rantai yang di pegangnya ke leher Eun.Rantai yang berbentuk bintang dan ada hati di dalamnya serta tertulis ‘I love u’  itu kelihatan sangat cantik.

        “Cantik tak? Kau suka?”,soal Jeajin yang tersenyum lebar sambil memandang tepat ke dalam mata Eun.”Cantik…suka..”,jawab Eun.Dia begitu terharu.”Tentu..ni hadiah yang Jeajin akan kasi pada aku”,bisik Eun di dalam hati sambil tersenyum sendirian.Dia amat terharu dengan tindakan Jeajin itu.

        “Jom kita balik! Thanks Eun sebab temankan aku beli rantai ni”,ucap Jeajin sambil melemparkan senyuman.”Rantai itu untuk siapa?”,soal Eun,cuba untuk mendapatkan kepastian.”Rantai ni sebenarnya untuk orang yang….bermakna dalam hidup aku…orang yang aku cinta,yang aku sayang”,luah Jeajin dengan nada yang lembut sekali.

        “Siapa orang tu?”,soal Eun lagi,jantungnya semakin berdebar-debar bercampur gembira menunggu jawapan.”Kau akan tahu tak lama lagi,malam ni aku nak jumpa dia kat tempat tu jam 7.30 malam nanti.Aku harap orang tu datang.Aku nak hadiahkan rantai ni kepadanya”,luah Jeajin lagi dengan penuh bersungguh-sungguh.Dada Eun makin derdegup kencang sebaik mendengar kata-kata Jeajin.

          Perbualan mereka berhenti setakat itu saja.”Eun..aku masuk dulu ya,bye!”,ucap Jeajin denagn penuh mesra.”Bye!”,balas Eun sambil melemparkan senyuman lalu terus menuju rumahnya.Eun melangkah masuk ke halaman rumahnya.Pintu rumahnya di buka perlahan.

Sekitar jam 5.30 :

        Jam di dinding tepat menunjukkan jam 5.30 petang.Eun masih tersenyum selepas selesai menjamu kek coklat buatan kakak kesayangannya itu.Sambil merenung ke luar tingkap Eun berbisik di dalam hati,”aku ke orang yang Jeajin maksudkan?”.Dadanya semakin berdegup kencang.

        ”Tapi kenapa dia tak bagi tahu aku yang dia nak jumpa aku?”,soal Eun di dalam hati.Ya! Dia dah bagi tahu aku tadi! Kenapalah aku ni lembap sangat”,kata Eun dengan penuh bersemangat.Kata-kata Jeajin semasa dalam perjalanan pulang tadi menyedarkannya,”aku harap orang tu datang..”.Eun segera mencapai kain tualanya dan terus menuju ke bilik mandi. 

Sekitar jam 7.30 pagi :

        “Di capainya kardigen berwarna putih lalu di sarungkan pada tubuhnya yang dipadankan dengan dress bercorak bunga-bunga paras lutut.Dia terus berdiri di hadapan cermin lalu mengucapkan kata-kata semangat pada dirinya sendiri,”berusaha Eun! semoga berjaya!”.Dia kelihatan cantik sekali ketika itu.

        Eun pun segera keluar dari biliknya.”Kak,Eun keluar kejap!”,teriak Eun kepada kakaknya yang berada di dapur.Dibukanya pintu rumah dengan perlahan.Eun pun meneruskan langkahnya yang penuh dengan harapan menuju ke tempat itu.Dia pasti tempat yang di maksudkan Jeajin itu ialah kedai ais krim berhampiran jalan itu.


        “Soo Young?!”,teriak Eun di dalam dengan nada terkejut.Soo Young merupa pelajar baru di sekolahnya.Hatinya serta merta menjadi sakit bagai ditusuk berjuta serpihan kaca yang pecah sebaik saja melihat Jeajin duduk berhadapan dengan Soo Young.Lidahnya kelu.Dadanya berdegup kencang.Nafasnya seperti tersekat-sekat.Seluruh tubuhnya longlai seperti mahu rebah.

        Terasa begitu sakit hatinya saat itu.Air matanya kini mulai mendesak untuk mengalir.Akhirnya dia tewas,air mata yang cuba disekatnya kini deras mengalir membasahi pipi.Kesedihannya kini semakin tidak dapat di bendung lagi.

        Dalam kedinginan malam serta diiringi hati yang terluka,Eun terus membuka langkah meninggalkan kedai ais krim tersebut.Tak sanggup dia melihat Jeajin bersama gadis lain lebih lama lagi.Eun terus berlari dan berlari menuju ke rumahnya ditemani dengan linangan air mata.

        Sesampainya di rumah,Eun terus masuk ke dalam biliknya.Tubuhnya yang semakin longlai direbahkan terus ke atas katil.Air matanya semakin deras mengalir tanpa henti.Eun menekup mulutnya dengan kedua belah tangan,cuba menyembunyikan tangisannya yang semakin kedengaran.

        Namun begitu,tangisannya tetap kedengaran.Eun terus menangis tanpa mampu menahan perasaan itu lagi.Kedua belah mata serta mukanya semakin kemerahan.Hatinya makin terasa pedih serta perit.

        “Jeajin….! Jeajin!”,teriak Eun di dalam hatinya yang sedang terluka.”Kenapa semua ni terjadi? Kenapa…?”,soal Eun pada dirinya sendiri dan terus menangis tanpa henti.Tubuhnya kini tidak berdaya lagi.Ternyata semua sangkaannya meleset sama sekali.Ternyata gadis yang Jeajin maksudkan bukanlah dirinya tetapi sebaliknya Soo Young.

        Rantai yang di sangkanya merupakan hadiah sempena hari lahirnya juga salah,malah Jeajin sama sekali tidak mengingati hari lahirnya.Eun semakin di belenggu kekecewaan dan kesedihan.Cuba di kuatkan semangatnya namun tidak termampu sama sekali.

        Dia hanya mampu terbaring dan terus mengalirkan air mata yang tidak dapat di sekat lagi.Malam itu bagaikan mimpi yang terburuk pernah Eun alami.Malam yang singkat di rasanya seperti panjang dan lambat untuk berlalu.Seminit di rasanya seperti sejam.Eun terus di temani kedukaan.Jiwanya sangat terseksa dan sengsara saat ini.

Hari-hari yang berikutnya :

        Waktu terus berlalu dan berlalu seperti biasa.Kesedihan masih menyelubungi Eun namun,di pendam sedalam-dalamnya.Hubungannya dengan Jeajin turut semakin renggang.Jeajin kini semakin kerap bersama Soo Young berbanding Eun sehinggakan Eun merasakan dirinya kini sudah tidak lagi ada dalam kamus hidup Jeajin.Jeajin seperti semakin melupakan Eun.

Seminggu kemudian,selepas tamat waktu persekolahan :

        Di seberang jalan kelihatan Soo Young sedang berdiri menanti Jeajin untuk pulang bersama.”Eun…lama tunggu?”,soal Jeajin.Gadis yang berdiri di hadapannya di panggil dengan nama Eun,padahal gadis itu adalah Soo Young.”Eun? Apa awak ni,saya Soo Young lah”,kata Soo Young sambil mengerutkan dahinya dan tersenyum manis.

        “Oops! Sorry sorry,Soo Young…baru betul….Maaf ya..tersilap pulak”,balas Jeajin,turut memohon maaf atas kesalahannya sambil menepuk dahi.Soo Young hanya tersenyum.Dia tahu sebelum ni Jeajin selalu pulang dengan Eun oleh itu,dia tidak ambil hati.

        Mereka pun berjalan pulang bersama-sama sambil berbual kosong.Soo Young tinggal di taman bersebelahan dengan taman tempat tinggal Jeajin.Oleh itu,perjalanan mereka hanya akan tamat di simpang empat di hadapan taman masing-masing.“Bye Jaejin,jumpa esok”,ucap Soo Young sambil melambaikan tangannya ke arah Jeajin dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

        .”Bye!”,balas Jeajin ringkas.Dia turut menbalas lambaian Soo Young.”Eun…kenapa bila aku berjalan dengan Soo Young,aku pasti akan ingat pada kau? Kenapa?”,soal Jeajin di dalam hati ketika dalam perjalanan menuju ke kediamannya.Jeajin terus membuka langkah sambil melupakan persoalan yang tiba-tiba muncul si ruangan mindanya itu.

Beberapa hari kemudian,selepas tamat waktu persekolahan :

        “Eun! Eun! Tunggu aku!”,teriak Jeajin ke arah Jeajin.Hari ini dia tidak pulang bersama Soo Young kerana Soo Young perlu menghadiri kelas tambahan.Eun hanya memandang dan meneruskan langkahnya.”Eun! Tunggulah aku,cepat betullah kau ni.Sejak akhir-akhir ni lama tak nampak kau,kau pergi mana?”,soal Jeajin,mula membuka bicaranya sambil mengukirkan senyuman.

        “Sepatutnya aku yang tanya kau macam tu,bukan kau”,balas Eun,cuba mengukirkan senyuman dan berpura-pura bersikap riang di hadapan Jeajin.Eun terus meneruskan langkahnya dan meninggalkan Jeajin di belakang tanpa menoleh lagi.Hatinya begitu terluka di sebabkan sikap Jeajin.

Di rumah Jeajin :

        Jeajin berdiri di sebelah kerusi bersebelahan meja belajarnya lalu di labuhkan punggungnya ke atas kerusi tersebut sambil melihat gambar Soo Young di dinding.Pada saat itu,dia mulai rasa ada sesuatu yang tidak kena.”Bukan ke…gambar Eun yang sepatutnya ada kat situ?”,soal Jeajin pada dirinya sendiri dengan penuh kebingungan.

        Kata-kata Eun ketika dalam perjalanan pulang tadi tiba-tiba bermain di fikirannya.Dia secara tiba-tiba terus dibayangi kenangan lampau ketika bersama Eun.Perasaannya kini berasa ada sesuatu yang tidak kena.Jeajin terus dibayangi Eun.Namun,perasaannya itu segera di tepisnya jauh-jauh.

Dua hari kemudian (cuti sekolah) :

        “Hye,rajin kau siram pokok bunga?”,tegur Jeajin yang muncul secara tiba-tiba.”Macamlah kau tak pernah nampak aku siram pokok bunga,banyak betul yang kau lupa akhir-akhir ni kan,haha!”,balas Eun,sedikit memerli Jeajin sambil terus menyiram pokok bunga yang belum di siram.

        “Aku ni kan dah tua…bukannya muda sangat”,Jeajin cuba berlawak.Lawak yang tak seberapa itu masih mampu membuatkan Eun ketawa kecil.”Eun! Err….aku sebenarnya nak minta tolong kau ni”,kata Jeajin,meneruskan bicaranya.”Tolong apa?”,soal Eun pula ringkas.

        “Esok…aku ada….date  dengan Soo Young,aku tak tahulah nak pakai apa.Esok pagi-pagi kau datang rumah aku ya,tolong aku pilih baju.Kau kan pakar”,kata Jeajin pula sambil membodek Eun sambil tersengih-sengih.Senyuman yang terukir di bibir Eun beransur-ansur hilang sebaik saja mengetahui bahawa Jaejin akan keluar date  dengan Soo Young pada hari esok.

        Eun menjadi kaku sebentar,lidahnya kelu.“Yalah,nanti aku datang”,balas Eun pula sambil tersenyum,cuba untuk menyembunyikan kehampaannya.”Thanks,okeylah aku masuk dulu ya.Siram pokok bunga tu elok-elok.”ucap Jaejin dengan mesra lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya.

        Selepas selesai menyiram pokok bunga di halaman rumah,Eun terus kembali ke biliknya.Tiba-tiba,air matanya mengalir membasahi pipi.Walaupun Eun tidak mahu air matanya mengalir lagi namun,air matanya terus mengalir dan terus mengalir.

        Perasaannya terhadap Jeajin masih tidak berubah sedikit pun.Malah,semakin dia cuba untuk melupakan Jeajin semakin kuat perasaan cintanya terhadap Jeajin.Sehingga ke hari ini,usahanya untuk menerima kenyataan yang Jeajin menyukai gadis lain masih tidak membuahkan hasil.

Keesokan harinya,sekitar jam 10.30 :

        “Macam mana dengan yang ni? Okey tak?”,soal Jeajin kepada Eun.Eun menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.”Tak okey?”,soal Jeajin lagi.Eun terus mengeleng dan menggelengkan kepalanya.Beberapa minit kemudian…

        “Hah! Yang ni baru sesuai!”,teriak Eun sambil menunjukkan isyarat ‘okey’ ke arah Jeajin “Baju ni baru sesuai dengan kau”,kata Eun lagi.”Huh! Penatnya”,keluh Jeajin kerana penat menukar-nukar pakaian.”Kalau pakai dengan jaket ni lagi okey”,Eun terus menyarungkan jaket yang di maksudkannya pada tubuh Jeajin.

        “Errr….kejap ya,aku nak ke tandas”,kata Eun secara tiba-tiba.Sebenarnya dia berbohong,dia sudah tidak tahan lagi berdiri di hadapan Jeajin sambil berpura-pura gembira.Padahal hatinya berasa amat hampa dan dungguh terkilan.Air matanya mulai menitis setitis demi setitis membasahi pipi.

        Hatinya remuk kerana terpaksa membantu Jaejin bersiap-siap,
sedangkan Jaejin mahu keluar dengan gadis lain.Segera dia mengesat air matanya daripada terus mengalir membasahi pipinya.Dia segera menguatkan semangatnya dan kembali mendapatkan Jaejin.

        “Okey,dah siap.Kau dah boleh pergi sekarang”,kata Eun sambil tersenyum melihat Jeajin.Jaket yang di pakai oleh Jaejin merupakan pemberiaan daripadanya sempena hari lahir Jaejin pada tahun lepas.Eun sangat gembira melihat Jaejin memakai jaket tersebut walaupun hatinya berasa amat hampa tatkala itu.

        “Terima kasih ya Eun! Tak tahulah macam mana kalau tak ada kau.Aku pergi dulu ya.Bye!”,ucap Jaejin dengan penuh bersemangat.Jaejin terus melangkah,berlalu meninggalkan Eun.”Sama-sama….tapi sebenarnya…aku langsung tak ada niat nak tolong kau Jeajin”,luah Eun di dalam hati.Eun terus pulang ke rumahnya dengan langkah yang penuh kehampaan.

Di Bandar :

        “Hye Jeajin!”,ucap Soo Young dengan wajah cerianya.”Hye!”,balas Jeajin sambil tersenyum lebar.”Cantik jaket yang awak pakai,sesuai sangat dengan awak.Pandai awak pilih”,kata Soo Young lagi dengan nada yang mesra,memuji jaket yang Jeajin pakai ketika itu sambil tersenyum mesra.

        “Jaket ni? Aaa…terima kasih”,balas Jaejin teragak-agak.Baru dia teringat,jaket yang di pakainya ini merupakan pemberian Eun pada hari lahirnya tahun lepas.”Eun yang bagi…hari lahir? Eh,hari lahir Eun bila ya?”,soal Jeajin di dalam hati,tiba-tiba teringat akan hari lahir Eun.

        Banyak persoalan yang bermain di fikirannya tika itu.”12 Mac! Bulan lepas?! Aduh,aku terlupa!’,teriak Jaejin di dalam hati.Kini baru dia sedar,memang banyak yang dia lupa sejak akhir-akhir ni sama seperti yang di katakan Eun semalam ketika dia berbual dengan Eun di halaman rumah.Jeajin hanya mampu berdiam diri tatkala itu diiringi kekesalan.

        Mereka berdua pun meneruskan perjalanan,namun kegembiraan tidak langsung di rasai Jaejin.Malah,kegelisahan mengiringi setiap langkangnya.”Jom masuk!”,tiba-tiba ajakan Soo Young menyedarkan Jeajin yang seperti di dalam dunianya sendiri.

        Jeajin kini sedang berdiri tepat di hadapan kedai ais krim di mana dia dan Eun selalu menghabiskan masa bersama menikmati ais krim coklat di sini.Semua kenangannya bersama dengan Eun tiba-tiba saja muncul di setiap genap ruangan mindanya.

        Perasaannya semakin menjadi gelisah.Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada dirinya.Setiap pandangnya hanya kelihatan wajah Eun saja.Jaejin semakin bingung,dadanya semakin berdegup kencang.Mindanya hanya teringat pada Eun saja.Hatinya semakin rancak memanggi-manggill nama Eun.

        “Eun!”,tiba-tiba nama Eun terkeluar dari mulut Jaejin.Keadaan menjadi senyap sebentar.Tidak lama kemudian,Jaejin memandang tepat ke arah Soo Young,di rangkulnya tangan Soo Young lalu berkata,”maafkan saya Soo Young…..cinta sebenar saya bukan awak tapi Eun….”.”Jeajin…”,lafaz Soo Young sayu dan teragak-agak.

        Jaejin terus membuka langkang seribu meninggal Soo Young seorang diri di belakang.Telefon bimbit yang berada di dalam kocek seluarnya segera di capai lalu di dail nombor telefon bimbit Eun sambil berlari.Namun,Eun sama sekali gagal di hubungi.

        Perasaan gelisah kini kembali menyerang Jaejin.Dadanya terus berdebar-debar.Nombor telefon bimbit Eun masih lagi gagal di hubungi.Jaejin menjadi semakin gelisah.Dia terus berlari dan berlari menuju ke kediaman Eun.”Eun! Eun!”,teriak Jeajin sekuat hati.Berharap Eun dapat mendengar suaranya.

        Sesampainya di kediaman Eun,Jaejin terus mengetuk pintu rumah Eun.”Eun! Eun!”laung Jaejin bersungguh-sungguh.”Jaejin…ingatkan siapa tadi”,kata Kak Hyun.”Eun…Eun mana kak?”,soal Jaejin sambil tercungap-cungap kepenatan dan tergesa-gesa.“Eun? Eun,dia kat lapangan terbanglah.Bukankah kamu dah jumpa dia tadi?”,soal Kak Hyun pula dengan penuh kehairanan.

        ”Lapangan terbang?! Maksud akak?”,Jeajin terus menyoal dengan nada terkejut.Berkerut dahinya saat itu.”Eun kan nak balik Australia,tinggal dengan ibu bapanya kat sana.Dia tak bagi tahu kamu ke?”,soal Kak Hyun kebingungan,cuba mendapatkan kepastian.“Eun!!”,laung Jaejin sekuat hati lalu tersungkur menyembah bumi.

        ”Pergilah jumpa Eun sebelum terlambat”,kata Kak Hyun yang sudah dapat membaca perasaan Jeajin terhadap Eun.Jeajin terus mendapatkan skuternya yang berwarna biru dan terus memandu ke lapangan terbang.”Eun…tolong jangan pergi lagi.Tolonglah Eun! Aku cintakan kau! Eun…jangan tinggalkan aku!”,Jaejin hanya mampu berteriak di dalam hatinya.Terukir seribu kekesalan di wajahnya.

Di lapangan terbang :

        “Eun! Eun! Eun!”,laung Jeajin berulang-ulang kali,berharap agar Eun dapat mendengar suaranya.”Eun…! Eun..! Eun! Kim So Eun!”,laung Jaejin bersungguh-sungguh.Namun,kelibat Eun masih lagi tidak kelihatan.”Hah..”,kedengaran nafas kehampaan di hembus.Jeajin mula berputus asa.

        Kehampaan jelas kelihatan di raut wajahnya.Di suatu sudut,kelihatan seorang gadis berdiri sambil memegang semangkuk ais krim coklat.”Eun…..Eun!”,Jeajin terus melaungkan nama Eun,ais krim coklat mengingatkan Jaejin pada Eun.Namun,gadis itu tetap tidak menoleh ke belakang.

        Jeajin terus membuka langkahnya demi mendapatkan gadis tersebut sambil tidak henti-henti melaungkan nama Eun berulang kali.”Eun! Eun! Kim So Eun!”,teriak Jeajin sekuat hati sehinggakan semua orang di dalam lapangan terbang itu memandang ke arahnya.Tiba-tiba gadis yang memegang semangkuk kecil ais krim coklat itu berpaling ke belakang.

        Ternyata gadis itu ialah Kim So Eun.Jaejin terus menghampiri Eun dan memandang tepat ke dalam matanya.”Nak pergi ke mana?”,soal Jaejin.”Kalau awak pergi,saya nak bagi rantai ni pada siapa? Awak saja yang layak pakai rantai ni”,sambung Jaejin sambil menunjukkan rantai yang berbentuk bintang dan ada bentuk hati di dalamnya ke arah Eun.

        Jeajin terus memandang Eun tanpa berkelip sekali pun.“Jeajin..”,lafaz Eun perlahan dan teragak-agak.Jaejin terus menghampiri Eun lalu di dakapnya Eun seerat-eratnya.”Saya cintakan awak.Saya betul-betul cintakan awak sepenuh hati saya.Tolong jangan tinggalkan saya”,lafaz Jaejin bersungguh-sungguh.”Jeajin…..saya….cintakan awak juga..”;lafaz Eun perlahan.Air matanya mulai menitis tanda terharu.

        Jeajin melepaskan dakapannya lalu memakaikan rantai berbentuk bintang tersebut pada leher Eun sambil berkata,”bintang ini kita,dan hati ini tanda hati kita bersatu.Mulai sekarang,rantai ini milik awak selama-lamanya Eun”.”Terima kasih Jeajin..”,ucap Eun dengan nada yang amat terharu sambil tersenyum dan terus menggenggam tangan Jeajin seerat-eratnya.







-TAMAT-

Copyright @ Si.y Arts 2010

anak tenggiling tidur mati, komen/like-lah kalau baik hati :)

 
copyright@Si.y Arts 2010